SEJARAH

 

Peristiwa-peristiwa Bersejarah
Plan Sekolah
Lokasi
Prasarana

Visi / Misi / Cogankata / Ikrar Pelajar

Lagu Sekolah

Logo Sekolah

SMK Agama Miri merupakan salah satu daripada 3 buah sekolah agama yang baru di tubuhkan pada tahun 1985 di negeri Sarawak . Dengan adanya 3 buah sekolah ini menjadikan SMK Agama di Sarawak berjumlah 4 buah pada masa itu.

Sekolah ini ditubuhkan pada 5 Januari 1985 dengan nama Sekolah Menengah Kerajaan Agama Miri , tetapi pendaftaran pertama pelajarnya diadakan bermula 2 Januari 1985 lagi, di bawah pimpinan Pengetua pertamanya Encik Mahmood Bin Jali bersama 8 orang tenaga pengajar dan 8 orang kakitangan sokongan.

Sejarah penubuhan sekolah ini agak menarik kerana semasa ditubuhkan sekolah ini tidak mempunyai bangunan dan kawasannya sendiri. Pada hari pertama tanggal 2 Januari 1985, pendaftaran kemasukan pelajarnya diadakan di SK Anchi dengan jumlah pelajar yang mendaftar seramai 118 orang.

Pada hari tersebut, taklimat dengan ibubapa oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan mengenai dasar penubuhan dan cita-cita sekolah ini turut diadakan. Memandangkan bangunan sementara sekolah belum siap sepenuhnya, maka para pelajar dan guru dipindahkan ke Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang Miri pada hari yang sama selepas taklimat.

 

Pihak kolej terlalu banyak membantu sekolah ini sepanjang proses perpindahan tersebut. Pihak kolej telah membantu menyedia dan meminjamkan kemudahan mereka seperti bilik guru, pejabat am, bilik-bilik darjah, asrama, rumah guru dan berbagai kemudahan lain yang diperlukan oleh warga sekolah ini.

Sekolah ini menumpang sementara di kolej tersebut sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina selama sepenggal dan kembali berpindah ke kawasan SK Anchi pada 12 Mei 1985. Pada tarikh ini, warga sekolah ini telah berpindah semula dari Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang ke bangunannya sendiri di kawasan SRK Anchi . Peristiwa ini merupakan salah satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan bagi warga SMK Agama Miri khasnya para pelajar dan guru-guru perintis sekolah ini . Keadaan ini berlanjutan sehinggalah tahun 1999.

Ketika berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Kerajaan Anchi , SMK Agama Miri menjalani dua sesi pengajian iaitu sesi pagi untuk pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6 dan sesi petang untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Sekolah ini masih banyak kekurangan dari segi kemudahan fizikal dan kemudahan asas. Antara kemudahan fizikal yang ada pada masa itu ialah 2 blok untuk kelas, 1 blok Makmal Sains (rendah), 4 blok Asrama, 2 blok Flat Guru, 1 blok Dewan Makan merangkap Dewan Serbaguna, 2 buah Gelanggang Permainan (satu dipecahkan untuk pembinaan tapak surau) dan meminjam tingkat bawah blok sekolah Anchi untuk Pejabat Am dan Perpustakaan.

Projek menambah kemudahan fizikal dengan pembinaan Makmal Sains (atas) dan 1 blok Surau bermula pada tahun 1991. Manakala rancangan pembangunan jangka panjang sekolah telah dimasukkan melalui Rancangan Malaysia ke-6 dan tapak kawasan baru sekolah telah dikenalpasti.

Pada akhir tahun 1999, bangunan sekolah baru di Kg. Tukau, Miri siap sepenuhnya dan kerja-kerja pemindahan yang melibatkan para pelajar serta guru dan kakitangan sokongan telah dibuat. Tanggal 17 Januari 2000, bermulalah satu detik bersejarah di mana bangunan baru SMK Agama Miri yang ditunggu-tunggu selama ini oleh semua warga sekolah telah memulakan sesi pengajiannya secara rasmi. Bangunan sekolah ini yang besar dan canggih serta lengkap dengan segala kemudahan dan menelan belanja hampir RM35 juta. Lokasinya di Tukau, Jalan Bakam, 15 kilometer dari Bandar Miri

Pada tahun ini juga merupakan tahun petama sesi persekolahan dijalankan di tapak baru sekolah dan juga kali pertama sejak sekian lama, waktu persekolahan diseragamkan kepada satu sesi sahaja.


Kemudahan fizikal di sekolah baru ini jauh berbeza dari sekolah lama. Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik-bilik kelas yang luas dan selesa, makmal-makmal yang canggih dan lengkap dengan peralatan seperti makmal sains, makmal komputer dan makmal-makmal lain seperti makmal Biologi, Fizik, dan Kimia. Sebuah masjid yang besar dan indah, asrama-asrama yang luas dan selesa, dewan makan, dewan sekolah, bilik APD, perpustakaan, makmal-makmal KH yang mencukupi dan tempat bersukan yang lengkap dan banyak turut disediakan. Peralatan dan perabot yang baru juga telah dibekalkan untuk kemudahan warga sekolah ini.

Peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau dikenali sekarang sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan pada tahun 1987. Peperiksaan pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula diadakan pada tahun 1989, manakala bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mula diadakan pada tahun 1992.

 

Bangunan sekolah ini pada mulanya adalah terdiri daripada 2 unit untuk pejabat am dan bilik guru, 1 blok bilik darjah, 1 blok makmal sains paduan, 2 blok asrama iaitu asrama puteri dan asrama putera, 1 blok dewan makan, 1 blok rumah guru, 2 buah gelanggang permainan dan 2 blok ‘Ablution block' . Sebelum dibina surau, dewan makan atau dewan besar telah dijadikan sebagi tempat bersembahyang bagi para pelajar. Namun apabila para pelajar semakin bertambah gelanggnag tenis telah dijadikan tempat untuk bersembahyang berjemaah. Ini kerana warga sekolah ini diterapkan dengan prinsip bahawa kekurangan itu bukanlah perkara utama yang menghalang untuk melakukan aktiviti seharian.

Seiring dengan pertambahan para pelajar, maka bangunan lain juga semakin ditambah seperti blok asrama telah ditambah 2 blok lagi iaitu 1 blok untuk asrama lelaki dan 1 blok untuk asrama perempuan, 1 blok makmal iaitu 1 unit makmal am rendah dan 1 unit lagi makmal kimia dan amali. Begitu juga dengan bangunan surau telah dibina di atas tapak gelanggang bola keranjang dan blok kediaman guru juga telah dibina 1 blok lagi yang mempunyai 6 unit.

 

 

Tahun pertama ditubuhkan (1985 ) : 

 

 

Pejabat am dan bilik guru

Bilik darjah

Asrama

Dewan makan

Rumah guru

Gelanggang permainan

‘Ablution block'

2 unit

1 blok

2 blok

1 blok

1 blok

2 buah

2 blok

ATAS

 

PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH SEKOLAH

 

 

TARIKH

PERISTIWA

2 Januari 1985

Hari Pertama pendaftaran dan menumpang di Kolej Tun Dato' Tuanku Haji Bujang, Miri.

5 Januari 1985

SMK Agama Miri ditubuhkan dengan rasmi.

12 Mei 1985

Berpindah ke bangunan sementara di SRK Anchi Miri.

18 Oktober 1985

Lawatan rasmi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, merangkap Pemangku Menteri Pelajaran Malaysia , Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud ke SMK Agama Miri.

23 April 1995

Sambutan Ulangtahun ke 10 dan Pelancaran Program Celik Komputer SMK Agama Miri. Dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia , Y.B. Datuk Seri Najib Tun Razak.

20 Oktober 1999

Persaraan Pengetua Ketiga, Ustaz Md. Yusof bin Dimin. Majlis pertama seumpama ini yang berlaku di SMK Agama Miri.

17 Januari 2000

Memulakan sesi persekolahan 2000 di bangunan baru di Tukau, Jalan Bakam, Miri.

24 Mei 2001

Pelancaran Laman Web Sekolah oleh Menteri Pertanian dan Perindustrian Makanan Sarawak, Y.B. Datuk Haji Adnan bin Haji Satem.

ATAS

 

PLAN SEKOLAH

 


ATAS

 

LOKASI



 


ATAS

PRASARANA SMKA MIRI


1. Blok Pentadbiran Al-Mawardi :

 

Bil

Bilik-Bilik

Jumlah

1

Pejabat Am

1 buah

2

Bilik Mesyuarat

1 buah

3

Bilik Operasi

1 buah

4

Bilik Guru

1 buah

5

Bilik Pendidikan Islam

1 buah

6

Bilik Tayangan ( APD )

1 buah

7

Perpustakaan

1 buah

8

Bilik Galeri

1 buah

9

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

1 buah

10

Bilik Penilaian dan Pentaksiran

1 buah

11

Bilik Rawatan

1 buah

12

Bilik Siaraya

1 buah

 

2. Blok Kelas At-Tabari :

 

Bil

Bilik-Bilik

Jumlah

1

Bilik Kelas

29 buah

2

Bilik Kemanusiaan

1 buah

 

3. Blok Makmal At-Khazin :

 

Bil

Bilik-Bilik

Jumlah

1

Makmal Sains

3 buah

2

Makmal Biologi

1 buah

3

Makmal Fizik

1 buah

4

Makmal Kimia

1 buah

5

Makmal Komputer

1 buah

6

Makmal Bahasa

1 buah

7

Pusat Akses

1 buah

8

Bilik Pendidikan Seni & Seni Visual

1 buah

9

Bilik ERT (Ekonomi Rumah Tangga)

1 buah

10

Bilik Matematik

1 buah

11

Bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

1 buah

12

Koperasi

1 buah

13

Klinik Intelek

1 buah


4. Kemudahan Riadhah

 

Bil

Kemudahan

Jumlah

1

Padang Bola Sepak

1 buah

2

Padang Hoki

1 buah

3

Gelanggang Tenis

2 buah

4

Gelanggang Bola Keranjang

2 buah

5

Gelanggang Bola Tampar

2 buah

6

Gelanggang Bola Jaring

1 buah

7

Gelanggang Takraw

1 buah

 

5. Asrama

5.1 Blok Asrama Putera Hassan Al-Banna

 

Bil

Bilik-Bilik

Jumlah

1

Bilik Waden

3 buah

2

Dorm Pelajar

18 buah

3

Bilik Operasi Waden

1 buah

4

Bilik Penyelia Asrama

1 buah

5

Bilik Operasi Jemaah Pemimpin Pelajar

1 buah

6

Bilik Bacaan

2 buah

7

Bilik Rawatan

1 buah

8

Bilik Rehat

1 buah

9

Bilik Basuhan

2 buah

10

Bilik Jemuran Tertutup

6 buah

11

Ruang Kolah

2 buah

12

Tandas dan Bilik Mandi

4 buah

13

Stor Am

1 buah

14

Ruang jemuran Terbuka

1 buah

15

Bilik Seterika

4 buah

 

5.2 Blok Asrama Puteri Rabiatul Adawiyah

 

Bil

Bilik-Bilik

Jumlah

1

Bilik Waden

3 buah

2

Dorm Pelajar

18 buah

3

Bilik Operasi Jemaah Pemimpin Pelajar

1 buah

4

Bilik Bacaan

2 buah

5

Bilik Rawatan

1 buah

6

Bilik Rehat

1 buah

7

Bilik Basuhan

2 buah

8

Bilik Jemuran Tertutup

6 buah

9

Ruang Kolah

2 buah

10

Tandas dan Bilik Mandi

4 buah

11

Stor Am

2 buah

12

Ruang jemuran Terbuka

1 buah

13

Bilik Seterika

4 buah

14

Bilik Permainan Dalaman

1 buah


5.3 Dewan Makan As-Syakirin : 1 buah


6. Dewan Al-Khawarizmi : 1 buah

 

7. Surau AL-Falihin : 1 buah

 

8. Kantin : 1 buah

 

9. Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu : 1 buah

 

10. Stor Sukan : 1 buah

 

11. Garaj Bas : 1 buah

 

12. Sistem Hi-Clean : 2 buah

 

13. Rumah Pengetua (Kelas C) : 1 buah

 

14. Rumah Penolong Kanan (Kelas D) : 2 buah

 

15. Flat Guru (Kelas F ) : 2 Blok (30 pintu)

 

16 Kuaters kakitangan Sokongan (kelas H) : 1 blok (8 pintu)

 

ATAS

 

VISI SMK AGAMA MIRI

 

Menjelang tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri akan menjadi sekolah yang terbilang di peringkat Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Sarawak.

 

 

MISI SMK AGAMA MIRI

 

Membangun dan membina potensi serta bakat setiap pelajar melalui pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan warganegara yang memiliki akademik terbilang serta mantap pegangan agama.


COGAN KATA SMK AGAMA MIRI

 

BERJIHAD DAN BERTAQWA

ATAS

 

IKRAR PELAJAR SMK AGAMA MIRI

 

  Bahawa saya pelajar SMK Agama Miri berikrar dan
berjanji sentiasa taat kepada Allah, menjunjung tinggi
didikan guru, patuh kepada peraturan sekolah.

Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dengan
sepenuh daya dan usaha demi mencapai cita-cita murni
menjadi muslim dan muslimat cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Saya berjanji akan menjaga nama baik sekolah,
menghiasi diri dengan akhlak mulia dan tidak
Melakukan perkara yang keji

 

LAGU SMK AGAMA MIRI


SMK Agama Miri
Sehala satu cita
Tunggak harapan nusa
Penggerak bangsa suluh agama

Sains dan teknologi
Ilmu pengetahuan nur ilahi
Ikrar landasan suci
Kejayaan kemuliaan pasti

Jihad dan taqwa
Teras perjuangan kami

Prinsip rukunegara
Amalan nilai murni

Jihad dan taqwa
Teras perjuangan kami
Menuju wawasan suci

Putera puteri semua
Kami tetap bersama
Bersatu hati
Mencapai cita mulia
Mencapai cita mulia

ATAS

 

Lirik: Zahura Binti Md Amin 96
Lagu: Awg Rosdi Bin Awg Junaidi 97

 


LOGO SEKOLAH




 

 

Atas         Muat Turun

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA MIRI

Peti Surat 1387, Jalan Bakam,

98007 Miri, Sarawak

Tel : 085-429436 Fax : 085-429443

MESEJ















SPM
PMR
AKTIVITI/PROGRAM
SEMASA



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Hakcipta © 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.
PENAFIAN:
SMKA Miri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.