PENDAHULUAN


SMK Agama Miri merupakan satu-satunya sekolah agama di peringkat menengah di bahagian Miri. Seperti juga sekolah-sekolah lain, SMK Agama Miri juga mempunyai latar belakang sejarahnya yang tersendiri.

Antara objektif utama penubuhan sekolah yang beraliran agama, khasnya SMK Agama Miri ialah :

•  Sebagai memenuhi hasrat dan kehendak masyarakat Islam di kawasan utara Sarawak yang dahagakan didikan yang berdasarkan keIslaman di kalangan anak-anak mereka, yang mana sejak sekian lama diabaikan, khasnya oleh pihak penjajah.

•  Memberi peluang didikan yang berteraskan keIslaman yang secukupnya di kalangan anak-anak Ialam terutama yang datangnya dari kawasan luar bandar bagi melengkapi diri mereka dengan bekalan ilmu untuk dunia dan lebih-lebih lagi untuk akhirat.

•  Diharap dengan didikan tersebut, para pelajar yang akan keluar dari sekolah ini suatu hari kelak merupakan satu kelompok manusia yang sudah mantap dari segi keimanan, ketaqwaan, disiplin yang kuat dan berkualiti tinggi serta tidak terlalu fanatik. Tegasnya mereka sudah bersedia bagi menghadapi suasana dunia yang mencabar ini dan mempersiapkan diri untuk akhirat.

Lantaran daripada objektif itulah maka pada tahun 1985 ditubuhlah SMK Agama Miri yang telah menerima kemasukan pelajar pertama pada 2.1.1985

 







Atas         Muat Turun

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA MIRI

Peti Surat 1387, Jalan Bakam,

98007 Miri, Sarawak

Tel : 085-429436 Fax : 085-429443

MESEJ


















SEMASA

PMR

AKTIVITI/PROGRAM



SPM/STPM












 



Hakcipta © 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.
PENAFIAN:
SMKA Miri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.