1-PENGENALAN SISTEM MERIT DEMERIT
2-JADUAL MATA BONUS BERDASARKAN SUMBANGAN
3-JADUAL PEMOTONGAN MATA MENGIKUT TAHAP SALAHLAKU
PENDAHULUAN / MATLAMAT / OBJEKTIF
Pengenalan sistem ini adalah berdasarkan Bab 3 buku Undang-undang dan Peraturan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Bil. 04 (Pindaan 2000), iaitu Kesalahan dan Tindakan Disiplin, (serta beberapa tambahan berdasarkan kesesuaian semasa).
Sehubungan itu, pihak sekolah berhak menggunakan sistem merit-demerit atau sistem mata dan bonus mengikut kesesuaian dan keperluannya dalam usaha meningkatkan taraf disiplin dan sakhsiah pelajar sekolah ini.
Sistem ini sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti masalah dan salah laku di kalangan pelajar. Sistem ini juga akan memberi pengiktirafan atau penghargaan kepada pelajar yang memberi sumbangan bermakna kepada sekolah melalui kegiatan akademik, kokurikulum, sakhsiah, disiplin, kebajikan dan kerohanian yang disertainya.
Seterusnya sistem ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan sakhsiah diri, akhlak serta keperibadian secara objektif sama ada seseorang pelajar itu berada pada tahap cemerlang, baik atau memuaskan.
Matlamat sistem ini adalah untuk meningkatkan mutu disiplin pelajar di sekolah dan memberi kesedaran dalaman berhubung dengan tahap perlakuan mereka.
Selain itu, sistem ini akan membina roh Islam yang mantap dan jitu dalam diri pelajar bagi membina fikrah Islam yang benar-benar mencerminkan hati budi insan Muslim yang soleh dan solehah.
Membina akhlak yang mantap dan jitu dalam diri pelajar yang berteraskan didikan agama yang bersepadu.
Menghargai dan mengiktiraf sumbangan pelajar kepada sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, sakhsiah, kerohanian dan kebajikan.
Mewujudkan suasana ikram, penyayang dan prihatin di kalangan warga sekolah serta iklim dini sekolah yang kondusif dan memberangsangkan untuk pembinaan insan yang harmonis.
Mendidik, membimbing dan mengasuh pelajar berusaha memurnikan akhlak dan sakhsiah diri ke arah yang lebih cemerlang.
Dalam sistem ini, setiap pelajar akan diberi 100 mata/point selama setahun. Setiap kali seseorang pelajar itu melanggar peraturan sekolah, mata/pointnya akan ditolak mengikut tahap salah laku yang dibuatnya. Sebaliknya, jika seseorang pelajar itu memberi sumbangan atau mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti akademik, kokurikulum, sakhsiah, kerohanian dan kebajikan, mata bonus akan diberikan kepada pelajar tersebut.
Mentor , guru tingkatan, warden angkat, guru, kakitangan dan pelajar lain boleh mencadangkan mata bonus kepada seseorang pelajar untuk direkod setelah diluluskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. Borang khas akan disediakan untuk tujuan ini.
Penentuan akhlak/sakhsiah seseorang pelajar itu sama ada cemerlang, baik atau memuaskan bergantung kepada jumlah mata yang diperolehi selepas setahun.
Pelajar yang mendapat 60 mata demerit dan ke bawah, akan dirujuk kepada Kaunselor Pelajar untuk tindakan selanjutnya.
Pelajar yang mendapat 50 mata demerit dan ke bawah, akan diberi surat amaran pertama dan ibu bapa/penjaga dipanggil ke sekolah untuk berbincang tentang akhlak dan sakhsiah pelajar berkenaan serta perjanjian bertulis.
Sekiranya pelajar berkenaan tiada perubahan atau tiada peningkatan dari segi akhlak dan sakhsiah dalam tempoh dua (2) bulan selepas amaran pertama dan masih pada tahap 60 mata demerit , pihak sekolah boleh mengenakan hukuman penggantungan asrama selama dua (2) minggu atau pembuangan asrama atau kerja amal selama dua (2) minggu (ganti penggantungan atau pembuangan asrama) , perjanjian bertulis dan amaran kedua (amaran penggantungan sekolah)
Selepas hukuman penggantungan asrama selama dua (2) minggu atau pembuangan asrama atau kerja amal selama dua (2) minggu dan pelajar berkenaan masih tiada perubahan atau tiada peningkatan dari segi akhlak dan sakhsiah dalam tempoh dua (2) bulan selepas amaran kedua dan masih pada tahap 80 mata demerit , pihak sekolah boleh mengenakan hukuman penggantungan sekolah selama dua (2) minggu , perjanjian bertulis dan bersetem dan diberi amaran terakhir (amaran pembuangan sekolah) .
Setelah hukuman penggantungan sekolah dan pelajar berkenaan masih tiada menunjukkan perubahan atau tiada peningkatan dari segi akhlak dan sakhsiah dalam tempoh dua (2) bulan selepas amaran terakhir dan masih pada tahap 100 mata demerit , pihak sekolah boleh mencadangkan dibuang sekolah dan pelajar berkenaan boleh digantung sekolah sehingga keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Miri-Bintulu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Semua bentuk pengumuman dan siaran sama ada perintah, larangan atau teguran, sama ada secara lisan atau bertulis yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa dan berekod adalah dianggap sebahagian dari undang-undang dan peraturan sekolah (sebagai peraturan tambahan) yang wajib dipatuhi oleh semua pelajar.
Pihak sekolah berhak dan berkuasa menambah atau memansuhkan mana-mana bahagian daripada undang-undang dan peraturan sekolah berdasarkan kesesuaian dari semasa ke semasa dan menjadi sebahagian daripadanya.
Sepanjang tempoh pelaksanaan sistem merit-demerit ini, semua pelajar masih terikat dengan bentuk-bentuk hukuman sepertimana yang dinyatakan di dalam Bab 3 , buku Undang-undang dan Peraturan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Bil. 04 (Pindaan 2000) .
Undang-undang dan peraturan sekolah ini sah diguna pakai selagi ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Negara dan Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia .
AKADEMIK / DISIPLIN DAN SAHSIAH / JAWATAN DALAM SEKOLAH
JAWATAN DALAM KOKURIKULUM / PENGLIBATAN DLM KOKURIKULUM / PENGLIBATAN DLM KEROHANIAN
PENGLIBATAN DALAM KEBAJIKAN /PENGLIBATAN IBU BAPA/PENJAGA / LAIN-LAIN
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Mendapat pengiktirafan/anugerah daripada pihak luar kerana kecemerlangan dalam bidang akademik |
50 |
2 |
Mendapat A dalam semua mata pelajaran |
50 |
3 |
Mendapat A dalam sebahagian (separuh) mata pelajaran |
30 |
4 |
Terbaik dalam tingkatan |
30 |
5 |
Terbaik dalam kelas |
20 |
6 |
Menghasilkan kerja/folio yang bermutu |
15 |
7 |
Terbaik dalam mata pelajaran |
15 |
8 |
Lulus semua mata pelajaran dalam setiap ujian/ peperiksaan |
15 |
9 |
Menunjukkan peningkatan dalam akademik |
15 |
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin |
50 |
2 |
Rekod disiplin bersih sepanjang tahun |
40 |
3 |
Rekod kehadiran bersih sepanjang tahun |
40 |
4 |
Sentiasa berpakaian kemas sepanjang masa |
20 |
5 |
Berbudi bahasa dan bersopan santun sepanjang masa |
20 |
6 |
Menunjukkan peningkatan dalam disiplin/sakhsiah |
15 |
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Ketua Pelajar |
50 |
2 |
Penolong Ketua Pelajar |
45 |
3 |
Setiausaha/Bendahari/Naib Setiausaha/Bendahari |
40 |
4 |
Pengerusi Lajnah/Naib |
40 |
5 |
Pengawas Biasa |
35 |
6 |
Ketua Tingkatan/Bilik |
25 |
7 |
Penolong Ketua Tingkatan/Bilik |
20 |
8 |
AJK Khas sekolah (AJK Kebersihan, Makanan dll) |
20 |
2.4 Jawatan Dalam Kokurikulum
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Ketua/Pengerusi Persatuan/Kelab/Badan/Rumah |
30 |
2 |
Penolong/Naib Pengerusi |
25 |
3 |
Setiausaha/Bendahari |
25 |
4 |
Penolong/Naib Setiausaha/Bendahari |
20 |
5 |
AJK Kecil/Ketua Biro/Bahagian |
15 |
6 |
Ahli Biasa/Ahli Biro yang aktif |
10 |
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Mendapat pengiktirafan/anugerah daripada pihak luar kerana kecemerlangan dalam bidang kokurikulum |
50 |
2 |
Johan peringkat Kebangsaan / Mewakili Negara |
50 |
3 |
Johan peringkat Negeri / Mewakili Negeri |
40 |
4 |
Johan peringkat Bahagian / Mewakili Bahagian |
30 |
5 |
Johan peringkat Daerah/Zon / Mewakili Daerah/Zon |
20 |
6 |
Johan peringkat Sekolah / Mewakili Sekolah |
15 |
7 |
Mewakili persatuan/kelab/kelas/bilik/rumah |
10 |
8 |
Kehadiran dalam kokurikulum bersih sepanjang tahun |
30 |
2.6 Penglibatan Dalam Kerohanian
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Hafaz 5 juzuk Al-Qur'an dan ke atas dengan lancar |
50 |
2 |
Hafaz 3 juzuk Al-Qur'an dan ke atas dengan lancar |
40 |
3 |
Hafaz surah Yasin dengan lancar |
30 |
4 |
Hafaz surah As-Sajadah, Al-Mulk, Al-Jumu'ah, Al-Insan dan Al-Waqi'ah dengan lancar |
30 |
5 |
Dapat melaksanakan solat jenazah serta doanya |
30 |
6 |
Hafaz tahlil serta doanya dengan lancar |
30 |
7 |
Menjadi imam dalam solat lima waktu sekurang-kurangnya 10 kali dalam setahun |
30 |
8 |
Membaca khutbah Jumaat sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun |
30 |
9 |
Menjadi bilal (azan) dalam solat Jumaat sekurang-kurangnya 5 kali dalam setahun |
20 |
10 |
Menjadi bilal (azan) dalam solat 5 waktu sekurang-kurangnya 10 kali dalam setahun |
20 |
11 |
Qiyamullail sekurang-kurangnya 1 kali sebulan |
20 |
12 |
Berpuasa sunat sekurang-kurangnya 4 kali sebulan |
20 |
13 |
Hafaz semua ayat hafazan dalam sukatan pelajaran mengikut tingkatan masing-masing dan ke bawah |
20 |
14 |
Hafaz ayat-ayat lazim dengan lancar |
20 |
15 |
Hafaz wirid selepas solat serta doanya dengan lancar |
20 |
16 |
Memberi tazkirah sekurang-kurangnya 5 kali setahun |
20 |
17 |
Menjadi naqib/naqibah usrah |
20 |
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Menguruskan majlis rasmi sekolah dengan sempurna |
30 |
2 |
Menghasilkan satu projek khas untuk sekolah |
30 |
3 |
Melaksanakan kerja-kerja amal dengan sukarela |
20 |
4 |
Melaksanakan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan |
20 |
5 |
Aktif/terlibat secara langsung dengan kerja amal/khidmat masyarakat di luar kawasan sekolah |
20 |
6 |
Menyertai majlis ilmu di luar kawasan sekolah |
20 |
7 |
Berbudi bahasa dan bersopan santun ketika berurusan dengan orang luar/pelawat |
10 |
8 |
Membantu guru/pelawat/pelajar lain dengan ikhlas |
10 |
2.8 Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga
Kod
|
Sumbangan
|
Mata Bonus |
1 |
Ibu bapa/penjaga kerap hadir dalam aktiviti sekolah dan selalu memberi sumbangan kepada sekolah |
20 |
2 |
Ibu bapa/penjaga memberi sumbangan/amal jariah kepada sekolah |
15 |
3 |
Ibu bapa/penjaga hadir/terlibat dalam aktiviti sekolah |
10 |
Kod |
Sumbangan |
Mata Bonus |
1 |
Memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat (yang tidak dinyatakan di dalam perkara 2.1 – 2.8) |
10 – 30 |
TINGKAHLAKU JENAYAH / TINGKAHLAKU LUCAH
KEKEMASAN DIRI / TINGKAHLAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA
TINGKAHLAKU KURANG SOPAN /BIADAB / LAIN-LAIN
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Mencuri |
50 |
2 |
Berjudi |
50 |
3 |
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru |
50 |
4 |
Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas |
50 |
5 |
Memeras ugut |
50 |
6 |
Membuli/pelacoan/ragging |
50 |
7 |
Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap |
50 |
8 |
Menyalahgunakan dadah/sejenis dengannya |
50 |
9 |
Membawa/membuat senjata merbahaya |
50 |
10 |
Mencabul kehormatan dengan sentuhan/fizikal |
50 |
11 |
Mengancam/memukul/mencederakan pelajar lain |
50 |
12 |
Menceroboh bilik khas/koperasi/pejabat/bilik guru/asrama |
50 |
13 |
Mengedar dadah/sejenis dengannya |
50 |
14 |
Menunjuk perasaan/berpiket/mengganggu ketenteraman sekolah/menimbulkan kekacauan |
50 |
15 |
Bertaruh secara besar-besaran melibatkan wang |
50 |
3.2 Tingkahlaku Lucah
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Bercumbu-cumbuan |
50 |
2 |
Berkhalwat/berdua-duaan |
50 |
3 |
Membawa/menyimpan/membaca bahan-bahan lucah |
45 |
4 |
Mengintai pelajar-pelajar perempuan atau sebaliknya |
45 |
5 |
Menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah |
45 |
6 |
Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah |
45 |
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Berambut panjang/fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah |
20 |
2 |
Memakai barang perhiasan yang dilarang ke sekolah |
20 |
3 |
Berkuku panjang/mewarna |
15 |
4 |
Bermisai/berjanggut/berjambang |
15 |
5 |
Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah |
15 |
6 |
Memakai pakaian yang tidak sesuai semasa PJK/aktiviti luar/kokurikulum |
15 |
7 |
Memakai pakaian yang tidak sesuai semasa solat/aktiviti kerohanian |
15 |
3.4 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Lewat pulang ke asrama semasa ke bandar/bermalam |
30 |
2 |
Keluar awal dari asrama semasa ke bandar/bermalam |
30 |
3 |
Berkeliaran di kawasan sekolah semasa P & P |
20 |
4 |
Datang lewat ke sekolah |
20 |
5 |
Datang lewat ke perhimpunan/aktiviti sekolah |
15 |
6 |
Datang lewat ke aktiviti luar/kokurikulum |
15 |
7 |
Makan/membeli di kantin/koperasi di luar waktu rehat |
15 |
8 |
Lewat ke private study/prep/aktiviti asrama |
15 |
9 |
Lewat mengerjakan solat berjemaah/aktiviti kerohanian |
15 |
3.5 Tingkahlaku Kurang Sopan/Biadab
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Menyimpan/membawa rokok/sejenis dengannya |
50 |
2 |
Menghisap rokok |
50 |
3 |
Berkelakuan kasar dengan guru |
40 |
4 |
Berkelakuan kasar dengan pengawas |
40 |
5 |
Berkelakuan kasar dengan pelajar |
40 |
6 |
Berbahasa kesat/bersikap bongkak/menghina sekolah |
40 |
7 |
Membantah hukuman guru |
40 |
8 |
Mengganggu pengajaran dan pembelajaran |
30 |
9 |
Tidak menghormati guru |
30 |
10 |
Tidak menghormati pengawas |
30 |
11 |
Tidak menghormati kakitangan sekolah |
30 |
3.9 Lain-lain
Kod |
Jenis Salahlaku |
Pemotongan Mata |
1 |
Meninggalkan solat/puasa |
50 |
2 |
Membawa/meminum minuman keras |
50 |
3 |
Memburuk-burukkan nama sekolah |
50 |
4 |
Tidak menutup aurat/berpakaian menjolok mata |
50 |
5 |
Melukis tatu/meminta dilukis tatu |
40 |
6 |
Menulis surat/artikel kepada akhbar tanpa kebenaran |
40 |
7 |
Keluar dari asrama tanpa kebenaran |
30 |
8 |
Membawa/menggunakan barang larangan |
30 |
9 |
Membawa kenderaan ke sekolah tanpa lesen |
30 |
10 |
Membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah |
30 |
11 |
Membuat sambungan elektrik secara haram |
30 |
12 |
Mengubahsuai perabot/peralatan sekolah |
30 |
13 |
Memindahkan perabot sekolah tanpa kebenaran |
30 |
14 |
Keluar dari asrama tanpa memakai pakaian rasmi |
20 |
15 |
Bercinta/menulis/berutus surat cinta |
20 |
16 |
Bertukar bilik tanpa kebenaran |
20 |
17 |
Menggunakan telefon di luar waktu/terlalu lama |
20 |
18 |
Menonton TV di luar waktu/melebihi masa |
20 |
19 |
Gagal menyiapkan kerja rumah/tugasan |
20 |
20 |
Membuang sampah merata-rata tempat/membuat kotor |
15 |
21 |
Merosakkan bunga/pokok perhiasan sekolah |
15 |
22 |
Merayau-rayau/bising selepas jam 11.00 malam |
15 |
23 |
Tidur/berada di bilik lain selepas jam 11.00 malam |
15 |
24 |
Tidur di katil orang lain/berkongsi katil |
15 |
25 |
Menggantung pakaian di tempat yang tidak dibenarkan |
15 |
26 |
Makan dan minum di tempat yang tidak dibenarkan |
15 |
27 |
Bermain/bersukan di tempat yang tidak dibenarkan |
15 |
28 |
Bilik kelas/bilik asrama kotor/tidak teratur |
15 |
29 |
Katil dan tempat tidur tidak kemas/berselerak |
15 |
30 |
Membawa masuk alas kaki ke bilik asrama |
15 |
31 |
Membawa masuk makanan dari dewan ke dalam bilik |
15 |
32 |
Berkelakuan tidak sesuai di kelas/asrama |
15 |
33 |
Mengganggu ketenteraman pelajar lain |
15 |
34 |
Membuat bising di dalam kelas/asrama/surau/dewan |
15 |
35 |
Keluar/masuk melalui tingkap/celah-celah pagar |
15 |
36 |
Buang air kecil/besar di merata-rata tempat |
15 |
37 |
Menggunakan peralatan/harta benda pelajar lain |
15 |
38 |
Tidak memulangkan barang/peralatan pelajar lain |
15 |
39 |
Mandi di dalam kolah/tempat larangan |
15 |
40 |
Berada di tempat/kawasan larangan |
15 |
41 |
Tidak menutup suis lampu/kipas/paip air |
15 |
42 |
Membazirkan air dan elektrik |
15 |
43 |
Membazirkan makanan/mengambil makanan berlebihan |
15 |
44 |
Berebut-rebut mengambil makanan di dewan/kantin |
15 |
45 |
Menampal/melekat gambar/poster yang tidak sesuai |
15 |
46 |
Pergi/bermalam di rumah guru tanpa kebenaran |
15 |
47 |
Ibu bapa/penjaga melawat di luar waktu |
15 |
48 |
Membenarkan ibu bapa/pelawat memasuki asrama |
15 |
49 |
Tidak menyerahkan pas keluar pada masa ditetapkan |
15 |
50 |
Tidak menunjukkan pas keluar di pondok keselamatan |
15 |
51 |
Pas keluar (semasa bermalam) tidak ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga yang sah |
15 |
52 |
Bermalam bukan di rumah ibu bapa/penjaga yang sah |
15 |
53 |
Tidak memulangkan buku perpustakaan/buku teks |
15 |
54 |
Memasuki bilik guru tanpa kebenaran |
15 |
55 |
Mengambil sesuatu dari bilik guru tanpa kebenaran |
15 |
56 |
Bersubahat terhadap perkara-perkara salah laku |
Mengikut kes |
Rumusan Kecemerlangan Sakhsiah:
Cemerlang : 550 mata dan ke atas
Baik : 100 – 549
Memuaskan : 99 mata dan ke bawah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA MIRI
Peti Surat 1387, Jalan Bakam,
98007 Miri, Sarawak
Tel : 085-429436 Fax : 085-429443
![]() |
![]() |
Hakcipta © 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri.
PENAFIAN:
SMKA Miri tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.