TANGGUNGJAWAB PELAJAR
MASALAH PELAJAR
PANDUAN PELAJAR
KONSEP KECEMERLANGAN
DISIPLIN DAN MATLAMATNYA
Konsep Disiplin dan Adab Sopan
Disiplin mempunyai pengertian yang amat luas, bebanding dengan apa yang difahami oleh sesetengah golongan masyarakat. Disiplin mengikut Kamus Dewan ialah “Peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.” Orang-orang yang berjaya ialah orang-orang yang dapat mengamalkan disiplin diri di samping mengutamakan adab sopan yang dituntut oleh masyarakat mereka.
Manakala Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 telah mentakrifkan disiplin sebagai ;
kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan diri sendiri;
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib;
kesanggupan menghormati hak individu lain;
kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain;
kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain dan mempunyai semangat tolong-menolong;
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Matlamat Disiplin dan Adab Sopan
Di antara matlamat disiplin dan adab sopan ialah untuk melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi-institusi pelajaran, sosial serta negara. Disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan.
Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha kita hendak mewujudkan satu masyarakat yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.
Sebuah hadith Nabi S.A.W. ada menyatakan bahawa seseorang itu tidak akan dapat menawan hati seseorang yang lain secara berkekalan hanya dengan menggunakan pangkat, kedudukan dan harta kekayaan semata-mata tanpa disertai dengan tingkahlaku dan adab sopan yang mulia.
Dari dulu hingga kini, disiplin diri dan adab sopan adalah kualiti yang disanjung dan dihargai oleh semua masyarakat di dunia ini. Memang tepat sekali jika dikatakan bahawa disiplin dan adab sopan adalah merentas bangsa dan budaya.
Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar-dasar berikut :-
Keadilan dan layanan sama rata
Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
Kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
Amalan menghormati seseorang individu
Perhubungan sihat di antara sesama manusia untuk kehidupan harmonis
Perpaduan masyarakat dan negara
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi disiplin pelajar adalah :-
Asuhan dan didikan di rumah
Tingkahlaku rakan-rakan sebaya
Suasana dan alam sekitar
Latarbelakang ibu bapa dan keluarga
Organisasi sekolah
Cita-cita
Ciri-ciri Disiplin Yang Baik
Seseorang pelajar yang berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat kepada ajaran-ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan yang baik, memahami dan menghayati Rukunegara serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang negara. Di antara ciri-ciri penting seseorang yang berdisiplin adalah seperti berikut :-
Memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
Menepati waktu
Rajin dan berdaya usaha
Jujur dan ikhlas
Sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
Berbudi bahasa, bersopan santun dan berdiplomasi
Bersih, cekap dan amanah
Menghormati orang lain
Taat setia kepada raja dan negara
Kasih sayang kepada ibu bapa
Mencintai sekolah
Berfikiran luas dan berpandangan jauh
ATAS
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
(1) Kewajipan Beragama
- Mempercayai serta mengaku wujudnya tuhan
- Mematuhi apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
- Sentiasa berbuat kebajikan
- Taat dan patuh kepada ajaran agama
- Berusaha menjadi insan yang soleh
(2) Tanggungjawab Pada Diri
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Menjaga pakaian
Menjaga tingkahlaku atau kelakuan
Mengasihi diri sendiri
Menepati waktu
(3) Tanggungjawab Kepada Keluarga
- Mematuhi nasihat ibu bapa dan keluarga
- Menjaga nama baik keluarga
- Memenuhi harapan ibu bapa dan keluarga
- Berbangga dengan keluarga sendiri
(4) Tanggungjawab Kepada Sekolah
- Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
- Menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah
- Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
- Menjaga keceriaan sekolah
- Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayangkan sekolah
- Memahami susunlapis masyarakat sekolah
- Menghormati bendera, lagu kebangsaan dan lagu sekolah
(5) Tanggungjawab Kepada Guru
- Menghormati dan mematuhi guru
- Memberi perhatian sepenuhnya ketika guru mengajar
- Memberi sepenuh kerjasama ketika P&P
- Menghargai jasa guru
- Mewujudkan hubungan yang baik dengan guru
(6) Tanggungjawab Kepada Pelajaran
- Memahami apakah faedah pelajaran
- Memahami peranan pelajar terhadap pelajaran
(7) Tanggungjawab Dalam Kegiatan Kokurikulum
- Mengambil bahagian berdasarkan minat
- Mematuhi peraturan yang ditetapkan
- Mencuba bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
- Menanam semangat kekitaan
- Mewujudkan semangat pertandingan sama ada peserta atau penonton
- Menjaga dan memelihara peralatan dan kelengkapan
- Sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan rakan-rakan
(8) Tanggungjawab Kepada Rakan-rakan
- Sentiasa menghormati rakan pada setiap waktu
- Mewujudkan semangat tolong-menolong antara rakan
(9) Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
- Memahami peranan pelajar dalam masyarakat
- Memahami matlamat negara dan aspirasi rukunegara
- Mempunyai kemahiran berhubung dan memahami nilai-nilai antara kaum
ATAS
MASALAH PELAJAR
Antara Masalah-masalah Pelajar
- Masalah kewangan
- Masalah hubungan dengan ibu bapa, penjaga dan keluarga
- Masalah tiada sokongan dan dorongan keluarga
- Masalah tempat belajar yang tidak selesa
- Masalah suasana yang tidak tenteram
- Masalah emosi
- Masalah kesulitan mengikuti dan memahami pengajaran guru
- Masalah hubungan dengan rakan-rakan
- Masalah hubungan dengan guru-guru
- Masalah keperluan dan peralatan belajar
Cara Menyelesaikan Masalah dan Menyatakan Pendapat
(A) Secara Langsung
- Menemui Kaunselor
- Menemui Ketua Kelas / Pengawas
- Menemui Guru Kelas
- Menemui Guru Disiplin / Guru Pengawas
- Menemui Guru Agama
- Menemui Guru Kebajikan
- Menemui Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Menemui Guru Kanan
- Menemui Penyelia Petang
- Menemui Penolong Kanan HEM
- Menemui Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran
- Menemui Pengetua
- Atau menemui mana-mana guru yang disukai
(B) Secara Tidak Langsung
- Melalui peti cadangan atau surat kepada pihak-pihak berkenaan
- Melalui pihak ketiga seperti ibu bapa, penjaga atau mana-mana yang sesuai
Batasan dan Larangan
- Mengelakkan diri daripada bertindak di luar kuasa dan kemampuan. Perlu merujuk kepada pihak yang berkaitan di sekolah.
- Mengelakkan diri daripada terus melaporkan kepada polis atau pihak media tanpa kebenaran pihak sekolah jika masalah itu berlaku di sekolah.
- Mengelakkan diri daripada menulis surat kepada Jabatan Pendidikan atau Kementerian Pendidikan tanpa pengetahuan Pengetua.
- Segala pandangan atau cadangan hendaklah yang membina dan bertujuan untuk kebaikan semua pihak.
ATAS
PANDUAN PELAJAR
Disiplin Ketika Berkomunikasi
- Dalam kehidupan, manusia perlu berhubung di antara satu sama lain.
- Kita perlu berdisiplin ketika berkomunikasi.
- Penggunaan bahasa yang baik perlu ketika berkomunikasi.
- Kita hendaklah berhati-hati dan bersopan ketika berkomunikasi.
- Elakkan diri daripada mengikut emosi dan perasaan.
- Berhati-hati dan bertatatertib ketika berkomunikasi amat penting untuk mengelakkan kekeliruan atau salah faham.
Perancangan Pelajaran dan Kerjaya
(A) Pentingnya Perancangan Pelajaran dan Kerjaya
- Sedar tentang pentingnya perancangan pelajaran.
- Perancangan pelajaran di peringkat awal penting untuk memperolehi kemahiran asas setiap mata pelajaran.
- Pelajaran berbentuk akademik di sekolah adalah asas, justeru perlu diperkayakan melalui kursus-kursus separa professional atau professional.
- Dapatkan khidmat nasihat dari kaunselor atau guru-guru berkenaan untuk membuat perancangan pelajaran.
(B) Perkhidmatan Bimbingan dan Kerjaya Di Sekolah
- Gunakan sepenuhnya khidmat guru bimbingan dan kaunseling atau guru kerjaya yang ada di sekolah.
- Pelajar boleh mendapatkan banyak maklumat daripada kemudahan ini.
(C) Langkah-langkah Memilih Kerjaya
- Mengetahui minat dan kebolehan diri.
- Bersikap jujur terhadap keupayaan dan kelemahan diri.
- Menentukan matlamat kerjaya yang dipilih.
- Senaraikan kerjaya yang boleh mencapai matlamat yang telah ditentukan.
- Dapatkan maklumat mengenai kerjaya yang berkaitan.
- Menentukan kerjaya yang dipilih secara realistik mengikut keupayaan diri.
- Melengkapkan diri untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya.
ATAS
KONSEP KECEMERLANGAN
(1) Kemahiran Menguruskan Masa
- Pelajar mesti membahagikan masa dan membuat perancangan untuk belajar dalam sehari, seminggu dan sepenggal.
- Mulakan hari pelajar dengan memastikan idea yang jelas tentang apa yang mesti dilakukan sepanjang hari tersebut.
- Tanpa pembahagian masa yang sistematik, pelajar tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk belajar.
(2) Kemahiran Disiplin Diri
Pelajar perlu mendisiplinkan diri ketika belajar seperti mengelakkan ponteng, menepati waktu dan menghormati guru serta rakan-rakan.
(3) Kemahiran Mengambil Nota
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
(4) Kemahiran Membaca
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
(5) Kemahiran Mengira
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
(6) Kemahiran Peperiksaan
Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
Atas Muat Turun